15 Jun 2009

Sepanjang hari ni aktiviti di Hotel. Sesi pagi adalah Country Presentation oleh 11 negara yang ada. Aku giliran ke-6. Presentation ni sepatutnya ambil masa 10 minit untuk present. Aku rasa aku sorang yang dapat tepat 10 minit & Thai kurang 10 minit. Yang lain semua boleh katakan over sampai ada yg 1/2 jam.. boringnya…

Mula²aku ingat English aku paling teruk. Al maklumla tak pernah gi oversea. Belajar BI Cuma kat SK, SMA & UTM je… Rupanya boleh katakan aku nye BI antara yg OK (Riaknya) berbanding negara lain termasuk eropah macam Mongolia, Vietnam, Argentina, Peru & Paraguay. Lain²negara tu OK la BI dia lebih kurang aku. Filifina & Laos je yg boleh kata baik BI diorang…

Sama juga dgn orang Korea.. kalau kemana²memang susah nak communicate dgn diorang.. Kebanyakan fobia dengan English… tak faham & reti cakap.. tapi kenapa negara²yg tak pandai English ni maju ye…?

Sepanjang petang seminar… Tengok nama bilik seminar ni.. MERAK.. tapi bukan burung merak. Tapi nama bintang dalam buruj…

Tinggal dua hari lagi aku kat Korea ni… Jumpa lagi…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *