KISAH JANTUNG NAQIB :: TGA – Transposition Of Great Arteries

1. Kronologi Dari Kelahiran –> Pembedahan
2. Istilah Perubatan Berkaitan
3. Laporan Pembedahan
4. Next Checkup
5. Catatan kisah jantung sehingga kini

 

 

KRONOLOGI DARI KELAHIRAN HINGGA HARI PEMBEDAHAN

22 September 2004:
8:39 am : Ahmad Naqib Naqiuddin Selamat dilahirkan di HUKM, Cheras dengan berat 2.45 Kg. Semasa dilahirkan badan Naqiuddin agak biru dan oksigen berkurangan.
10:00 am : Naqiuddin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk bantuan oksigen dan rawatan lanjutan.
12:00 pm : Kamilz (abah Naqiuddin) datang melawat. Baru dapat azankan Naqiuddin waktu ni.

23 September 2004:
Hari ni diberitahu kemungkinan paru-paru Naqiuddin dijangkiti kuman. Pakar akan check. X-ray telah diambil.

24 September 2004:
Petang, semasa perjalanan pulang hantar ibu Naqiuddin Balik ke rumah, dapat panggilan dari HUKM. Dr Bilqis pakar yang check naqiuddin memberitahu setelah melakukan scanning didapati Saluran Artery Naqiuddin terbalik atau dikenali sebagai ” Transposition of the great arteries (TGA)”. Kes ini menyebabkan darah Naqiuddin kekurangan oksigen. Satu procedur untuk besarkan lubang di jantung Naqiuddin perlu dilakukan petang ni juga supaya darah yang kaya oksigen dapat bercampur dengan darah yang kurang oksigen “Balloon Atrial Septostomy”. Dan pembedahan perlu dilakukan di IJN dengan kadar segera. Appointment akan di buat untuk refer ke Institut Jantung Negara (IJN).

Jantung Normal

Jantung Naqiuddin Sebelum Operation

23 September 2004:
Petang, Naqiuddin dah boleh dibawa balik. Surat refer ke IJN pun telah diberi dan perlu datang ke IJN 9:00 pagi 29 September 2004 (Birthday abah Naqiuddin)

29 September 2004:
Bawa Naqiuddin ke IJN. Operation belum boleh dijalankan kerana berat badan tak capai berat minimum 3 Kg. Berat Naqiuddin baru capai 2.6 Kg. Perlu datang IJN seminggu lagi. Dapat tarikh appointment 4 Oktober 2004.

4 Oktober 2004:
Sekali lagi bawa Naqiuddin ke IJN. Berat masih kurang dan perlu tunggu lagi. Berat baru dapat capai 2.7 Kg. Perlu datang semula 14 Oktober 2004.

14 Oktober 2004:
Kali ketiga bawa Naqiuddin ke IJN. Berat badan dah 2.99 Kg. So dah boleh untuk jalankan operation. Nama Naqiuddin dan dimasukkan dalam list menunggu. Perlu datang lagi sebulan lagi (selepas aidilfitri).

26 November 2004:
Datang ke IJN lagi. Berat badan Naqiuddin dah 4.63 kg. Hari ni dapat tarikh untuk masuk ke wad IJN 28 November 2004.

28 November 2004:
Jam 12 tengahari. Naqiuddin masuk ke wad. Ibunya yang menjaga di wad.

2 Disember 2004:
Tarikh pembedahan diketahui dan akan di lakukan esok pagi. Kemungkinan pembedahan utama untuk menterbalikkan artery tidak dapat dijalankan kerana jantung Naqiuddin lemah. Tengok keadaan semasa operation. Jika jantung Naqiuddin kuat pembedahan utama akan dijalankan.

3 Disember 2004:
Jam 8:00 pagi masuk ke bilik operation.
Catatan seterusnya bermula dengan KLIK DISINI

Topik Seterusnya

1. Kronologi Dari Kelahiran –> Pembedahan
2. Istilah Perubatan Berkaitan
3. Laporan Pembedahan
4. Next Checkup
5. Catatan kisah jantung sehingga kini