Syukur Alhamdulillah atas kurnian Allah s.w.t.

 

Alhamdulillah Rabu lepas aku dan Isteri dikurniakan lagi cahaya mata ke-4 yang merupakan putera ke-3 kami.

 

Isteri Noraini selamat melahirkan menjelang waktu Zuhur pada jam 12.51 tengahari pada Rabu 6 November 2013 bersamaan hari ke-2 tahun baru hijrah 1435 di Hospital Putrajaya secara pembedahan dengan berat 2.68 kg.

afiq_justborn

Kami ke Hospital untuk daftar masuk wad sehari sebelum kira-kira jam 9.00 malam setelah menerima panggilan dari Hospital jam 7.30 malam. Petang tu kami dah pergi tapi wad penuh. Jam 11.30 pagi keesokannya baru Noraini dibawa ke bilik pembedahan. Sebelum solat Jumaat 8 November 2013 ibu dan baby dibenarkan untuk “discharge” & selamat kembali kerumah ketika azan pertama berkumandang.

afiq_day6_02

 

afiq_day6_01

Selepas Solat Jumaat aku ke Klinik Kesihatan Salak untuk lapor kelahiran. Esok nurse datang melawat dan baby ada sikit kuning. Ahad & pagi Isnin nurse datang lagi, hari isnin tu juga nurse suruh bawa ke Klinik Salak untuk ambil darah. Bacaan darah 152 masih di tahap normal, dan Dr minta bawa semula ke Klinik jika nurse yang datang melawat minta datang semula. Hari ini nurse datang lagi dan masih ada sikit kuning & mungkin esok diminta pergi semula ke klinik untuk check darah.

afiq_01

Petang semalam, aku daftarkan nama anak di JPN, Bandar Baru Salak Tinggi dengan nama Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil. Akmal adalah cadangan nama dari abang sulungnya Ahmad Naqib Naqiuddin.

Semoga kau membesar dengan limpahan Rahman & Rahimnya dan menjadi anak yang Soleh… Aamiinnnn..

 

http://afiq.org