ٱلْفَتَّاحُ ٱلْعَلِيمُ
Dialah Yang Maha Memberi Keputusan Dan Maha Mengetahui
“Katakanlah: “Rabb kita akan mengumpulkan kita semua, kemudian Dia memberi keputusan antara kita dengan benar. Dan Dia-lah Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui”
(Sabaa’:26).
“Pengetahuan Rabb kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Rabb kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya”
(al-A’raaf:89).
Seperti sedia maklum, Ahad ini Rakyat Malaysia yang berkelayakan akan membuat keputusan berkenaan pilihan masing-masing bagi menentukan pemimpin yang akan mengemudi negara bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.
Walaupun mungkin pilihan telah tersemat di sanubari masing-masing dan merasakan itulah pilihan tepat dan terbaik, atau masih terkeliru dengan siapa yang bakal dipilih, kembalilah merujuk kepada-NYA, agar pilihan kita tepat kerana DIALAH Al-Fattah dan Al-‘Alim…
Marilah bermula malam ini selama 3 malam berturut-turut, kita tunaikan solat sunat istikharah dan solat hajat, agar diberi petunjuk olehNYA untuk membuat pilihan yang paling tepat.
Selamat Memilih Daripada KamilzDotCom