AKTIF

Pembinaan laman web ini mula saya bangunkan pada 2017 selepas Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh yang dinaung oleh Tuan Pengetua SIS, Tuan Haji Omar Bin Bakar A.M.P, P.P.T bersetuju dengan tawaran saya untuk mengaktifkan semula Laman Web Rasmi SIS secara sukarela dan percuma.

Memandangkan saya merupakan bekas pelajar SIS dan juga bapa kepada anak sulung saya yang bersekolah di SIS, saya menawarkan pembinaan dan penyelenggaraan laman web rasmi SIS ini secara sukarela semasa Mesyuarat Agung PIBG SIS 2017 (sebab tu juga dilantik sebagai salam seorang AJK PIBG SIS 2017-2019).

Penyelenggaraan laman web ini saya masih teruskan sehingga kini dan mengharap menerima input secara berterusan daripada guru-guru, PIBG, AlumniSIS dan seluruh warga SIS bagi memastikan kandungan laman web sentiasa terkini.

 

TIDAK AKTIF / SEJARAH

  • Laman Web Persatuan Bola Sepak Perak (PerakFA) – 2004
  • Kelab Peminat Bola Sepak Perak – 2004
  • Laman Peminat Bola Sepak Perak Yob4Ever.COM – 2004-2005
  • Loan4U.biz – Pinjaman Koperasi – 2012

Maklumat sedang dikemaskini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *