Pembedahan pengantian injap jantung Naqiuddin yang sepatutnya dijalankan pada 30 Mei 2023 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan. Naqiuddin pun dah discharged daripada IJN petang 30 Mei 2023.

Petang 29 Mei, Naqiuddin menjalani ct-scan untuk melihat keadaan jantungnya sebelum pembedahan dijalankan. Hasil ct-scan mendapati saluran dimana injap yang perlu diganti tersebut ada pembengkakkan (sebelum ni pun memang bengkak semasa siri-siri pemeriksaan dengan doktor).

Hasil perbincangan pakar bedah bersama pasukannya berdasarkan ct-scan tersebut tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pembedahan penggantian injap sahaja (aortic valve replacement (AVR)) atau perlu menjalankan pembedahan penggantian salur & injap sekali (bentall procedure – a surgery to replace part of the aorta and the aortic valve of the heart )

AVRSumber : https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/aortic-valve-repair-aortic-valve-replacement/about/pac-20385093

ATAU

Bentall ProcedureSumber: https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=ace3153

 

Pihak IJN telah menghantar data-data tersebut kepada pakar di Boston USA iaitu Dr. Christopher Baird (Boston Children’s Hospital – https://www.childrenshospital.org/directory/christopher-w-baird) untuk mendapatkan nasihat sama ada perlu menjalani bentall operation  atau AVR sahaja dan keputusan dijangka sebelum Oktober 2023. Jika AVR sahaja, pakar daripada IJN Dr. Khairul Anuar  Abdul Aziz yang akan menjalankan pembedahan tersebut (bila-bila masa yang akan ditentukan IJN), jika perlu menjalani bentall operation, pakar daripada Boston Dr. Chris Baird akan datang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan tersebut (dijangka November 2023).

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat memutuskan jalan yang terbaik.

Dr. Christopher Wallace Baird
Pakar Kardiologi Pediatrik
Boston Children’s Hospital

One Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *