Setelah sekian lama aku berehat daripada menulis di personal blog ni. Berkembang pesatnya media sosial, dah tak terlayan untuk kemaskini blog ni.
Blog ini aku buat (mula dengan codding sendiri dari awal sebelum bertukar ke wordpress) pada mulanya untuk mengemaskini perkembangan pembedahan jantung anak sulungku Ahmad Naqib Naqiuddin akibat salur jantung terbalik atau transposition of the great arteries (TGA) kira-kira hampir 19 tahun dulu (2004) untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada adik beradik, saudara-saudara dan sahabat handai. (Boleh klik sini untuk catatan awal dahulu)
Masa tu memang tak ada lagi media sosial di Malaysia. Masih guna SMS untuk mesej pantas. Blog aku pun update pakai GPRS gunakan phone Nokia 7650 ketika itu.
Kini aku menulis semula di blog ini untuk bercerita lagi berkenaan jantung Naqiuddin. Naqiuddin akan menjalani pembedahan jantungnya semula setelah hampir 19 tahun. Kali ini untuk penggantian salah satu injap jantungnya atau dikenali sebagai aortic valve replacement (AVR).
Ahad Naqiuddin telah masuk ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemerhatian dan menjalani beberapa prosedur.
Jika mengikut perancangan, awal pagi nanti (Selasa 30 Mei 2023) akan menjalani pembedahan. Namun sehingga kini (Selasa 30 Mei 2023 12.32 tengah malam) pakar bedah masih belum berjumpa dengan Naqiuddin dan difahamkan pasukan pakar bedah sedang mengadakan perbincangan. Mungkin hasil daripada ct-scan yang dijalankan siang tadi.
Kini Naqiuddin masih di wad ditemani oleh ibunya.
Kali ini adalah untuk pembedahan jantung kali ke-3. Pembedahan sebelum ini:
- SP PA banding for LV retraining – Jumaat, 3 Disember 2004
- SP Arterial switch operation – Jumaat, 17 Disember 2004
Waktu itu pakar bedah adalah Datuk Dr. Hamdan Leman (Kini tidak lagi di IJN). https://www.cvskl.com/doctors/datuk-dr-hamdan-leman/
Pakar Bedah IJN yang akan mengendalikan pembedahan Naqiuddin kali ini
Dr. Khairul Anuar Abdul Aziz
https://www.ijn.com.my/patientcare/dr-khairul-anuar-bin-abdul-aziz/
Mohon doakan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. dan Naqiuddin segera sembuh untuk menjalani kehidupan hariannya seperti biasa dan untuk terus mendalami ilmu al-Qurannya di Darul Quran JAKIM.