16 Jun 2009

Hari ni aktiviti di luar hotel. Pukul 9 bertolak ke Icheon, lebih kurang sejam setengah perjalanan. Icheon & Incheon tempat berbeza. Incheon tempat Airport Seoul. Icheon ni kawasan pedalaman. Kebanyakan penduduknya petani.

Pagi pergi ke Satellite Radio Monitoring Center.

Lepas tu sebelum lunch singgah dulu ke SeoilFarm. Ladang pemeraman makanan..

Lepas lunch pergi ke Radio Research Agency.

Balik semula ke Seoul. Ke TechnoMart. Tempat jualan barangan elektrik/kamera/handphone/komputer dan lain-lain. Macam Low Yat, atau Mines.. Tapi kat Malaysia lagi murah rasanya.. cuma kat sini teknologi/brand baru la terutama brand Korea.

Lepas tu makan malam di Itaewon. Lepas makan, yang lain pergi bergembira masuk Pub.. aku bergembira pergi ke Masjid Seoul..

Balik 11 malam sampai hotel.


Speed limit Highway hari ni aku jumpa 110 km/j.

Nak berkemas ni. Esok balik Malaysia dah.. Flight 4:55 petang waktu tempatan (3.55 petang Malaysia). Dijangka sampai KLIA 10.20 malam.

Jumpa lagi di Malaysia..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *