14 Jun 2009
Hari ni Ahad hari cuti. Pukul 12.30 baru aku keluar hotel.
Cuaca cerah dengan suhu 24.0° celcius. Aku menuju ke Stesen Subway Sinsa. Menapak lebih kurang 10-15 minit. Aku nak menuju ke Itaewon. Tempat makan malam semalam.
Naik dua lane (Land 3 & 6 – 1,000 won) transfer di Yaksu. Terus menuju ke Seoul Central Masjid. Kira²300 meter dari Stesen Itaewon.
Sepanjang jalan ke Masjid tu kebanyakan kedai²dan restoran²Halal.. Kedai Buku Islam.. Kat kedai?tu ada la produk²Made In Malaysia yang ada logo Halal Malaysia.
Masjid Seoul ni agak besar juga. Tengok kat masjid tu macam ramai orang Pakistan. Tak pasti sama ada musafir atau memang menetap kat situ. Rasanya menetap, sebab nampak diorang basuh periuk²besar macam nak masak.
Lepas solat Zuhur & Asar kat Masjid tu, aku pergi ke Restoran Uzbekistan. Order Grilled Meat & Potato (10,000 won) & Samsa 3,000 won. (Samosa rasanya kalau kat Malaysia tapi besar). 13,000 won untuk makan tengahari. Lebih kurang RM 40 tu… Kat sini sekali makan memang lebih kurang macam tu nilai dia.
Samsa/Samosa
Lepas makan aku pergi tempat semalam juga Insadong. Naik 2 lane Subway (6 & 3 – 1,000 won transfer di Yaksu) sampai ke Anguk Station. Jalan-jalan kat situ. Sebab ramai foreigner kat situ. Macam tu juga Itaewon. Tapi sepanjang aku kat sini tak jumpa la pulak rakyat Malaysia. Kalau Indonesia 2-3 kali juga aku jumpa.
Penat jalan aku balik ke hotel. Naik 2 lane (3 & 7 – 1,100 won) dari Anguk ke Gangnan-gu Office (interchange di Express Bus Terminal). 6.30 sampai Hotel.
Kat sini naik Subway kena bayar tambahan deposit 500 won. Kalau tiket harga 1,000 kena bayar 1,500 won. Bila dah sampai masukkan semula tiket ke Deposit Refund Device untuk dapatkan balik 500 won.
Hotel tempat tinggal aku. Dulu dikenali sebagai Amiga.
Semalam SMS Ain guna Yahoo Messeger. Naqia kena demam campak… Pagi tadi SMS dah balik BBST, Sepang. Ein hantar. Naqia masih kena campak & menggaru je.. Naqib pulak kene gigit tungau…
Esok pagi nak present Country Report.. so nak prepare sikit ni.. Jumpa lagi..