Baru balik Terawikh malam pertama…
Bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam tiba lagi.. Bulan yang padanya ada banyak rahsia dan kelebihan. Bulan dimana ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Tahun ni puasa kali ketiga setelah menamatkan zaman bujang. Tapi sampai anak dah umur setahun lebih baru dapat berpuasa dan berbuka puasa sama-sama (InsyaALLAH) dengan Ibu Naqib. Tahun pertama Ibu Naqib di Sarawak Kamilz di KL, tahun kedua Ibu Naqib dalam pantang pula… InsyaAllah tahun ni baru dapat berpuasa sama-sama.
Bergembiralah dengan kedatangan Ramadhan, Bersedihlah atas pemergiannya dan bukan sebaliknya. Semoga semua amalan dilipat gandakan oleh Allah s.w.t.