Rasanya baru je beberapa hari.. Sedar tak sedar Jumaat lepas dah genap setahun teman berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Hari ni dah 11 September. Emm.. ni tarikh yang menggemparkan dunia.. Tapi teman ingat tarikh ni roadtax kereta mati je.. So boleh renew esok. RM 30 je untu kerete bawah 1000cc

Setahun di sektor kerajaan, bermakna dekat setahun lah umur Ahmad Naqib Naqiuddin. Sebab seminggu lebih selepas lapor diri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Ahmad Naqib Naqiuddin pun lahir.

Waktu tu lah waktu yang benar-benar teman bersyukur. Teman dapat gunakan GL kerajaan untuk bayaran kelahiran di Hospital dan seterusnya untuk operation Naqib di IJN.

Katakan teman tak berkhidmat di Sektor Awam dan bekerja kat 2 company yang tak bayar gaji teman berbulan-bulan sebelum ni, silap-silap hari bulan teman masuk rancangan BersamaMU Tv3 😐 doa.

Sesungguhnya Rezeki setiap makhluk-NYA memang sudah tertulis sejak azali lagi.

Pelbagai

One Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *