Hari ni Naqiuddin sekali lagi buat follow-up kat IJN. Buat ECG dan Echo.
Berdasarkan pemerhatian Echo, paru-paru dah normal. So Dr Hasry cakap boleh hentikan 1 jenis ubat (Viagra). Tapi 2 lagi jenis ubat diteruskan dan satu daripadanya ditambah dos. Ada sikit kebocoran pada sambungan. So ubat-ubat tu diharap dapat membesarkan dan menutup kebocoran berkenaan. Moga Allah menyembuhkan kebocoran tu.
Next appointment 6 bulan lagi. 21 Oktober 2005. Masa tu bulan puasa. Naqiuddin pun dah setahun lebih umurnya masa tu.