Jam 11:20 pagi bertolak dari Pandan Indah nak balik Kg Sungai Manila. Singgah dulu di IJN ambik stok ubat Ahmad Naqib Naqiuddin. So tak payahle pergi IJN lagi esok sampai appointment 13 April ni. Naqiuddin sekarang batuk selesema. Selalu muntah bila minum susu sampai dia takut? nak minum susu. Mungkin sebab peralihan monsun timur laut ke angin monsun barat daya.
Sampai Kg Sungai Manila kira-kira jam 3:40 petang. Sebelum tu lunch dulu di Sg Besar. Sampai rumah bapak je yang ada. Mak pergi kutip buah kelapa sawit kat kebun. Kesian mak, buat kerja sorang?. Bapak masih tak dibenarkan kerja kuat lagi sebab operation selaput mata 22 Mac lepas.
Lepas maghrib Kak Ramlah dan family sampai. Kira? jam 10 malam family Kakak pula dan menyusul family Kang IL kira? 12 malam. Malam ni berderet le askar? terbaring di ruang tamu. Baru 4 family. belum 10 lagi.. ehh 9. Sidik belum berfamily.
Ahad kira? 3:15 petang bertolak dari Sg Manila balik ke KL. Pagi tu Kak Ramlah balik dulu diikuti keluarga Kang IL dan Kak Shimah pula. Sampai Sabak Bernam Naqiuddin muntah lagi dalam kereta. Berhenti di Sungai Besar. Nak mulakan perjalanan Hujan turun lebat. Alamak.. baru basuh kereta kat kampung setelah ntah berapa minggu tak basuh kereta :-). Tapi tak apa lah.. sekurang?nya perjalanan petang ni tak panas.
Antara Sekincan ke Tanjung Karang jalan Jem teruk hujan masih tak berhenti. Mana taknya. Jalan sekejap 2 lorong sekejap 1 lorong. Bottleneck le jadinya. Belum campur yang tak bertanggungjawab gunakan emergency lane. Dah 3-4 lorong jadinya. Ntah bila jalan ni nak siap. Dulu kata pertengahan tahun ni siap. Sekarang dah April.
Antara Ijok ke Sg Buluh pun jalan jem lagi. Ntah berapa banyak eksiden. Hujan masih lebat. Masuk Highway Sungai Buluh singgah di restoran Jejantas solat Maghrib+Isyak (Jamak). 8:35 malam sampai di Pandan Indah. Alhamdulillah. Allah selamatkan perjalan.