Tengahari ni semua benang jahitan operation yang lepas dah di cabut/buang. Jadi sekarang ni cuma dalam fasa menjaga luka je.

Ikut kata Nurse Rohana tadi, kalau ikutkan dah boleh balik dah Naqiuddin. Tapi pemberian antibiotik tak habis lagi. Ada lagi dalam 2-3 hari. Pagi tadi Dr arab dah suruh tutup oksigen (yang letak kat luar hidung tu). Pun dah ok. Bacaan SpO2 atas 96%. Tapi datang Dr lagi sorang suruh pasang balik pulak. Dia kata antibiotik tak habis bagi lagi. Bila dah habis nanti baru buka oksigen.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *