Setelah hampir sebulan tak nampak naqiuddin tersenyum (sejak pembedahan BT Shunt 3 Disember), akhirnya hari ni nampak dia tersenyum. Bukan sedikit? tapi banyak kali. Kalau orang bercakap? kat dia mesti dia tersenyum. Dah dapat hisap susu sendiri, seronok le dia 🙂
Petang tadi buat Echo, Alhamdulillah semuanya OK. Sehari dua lagi balik le rumah InsyaAllah.
senyuman Naqiuddin….
satu petanda semoga segala kebimbangan,kedukaan,kesakitan dan kepayahan selama ini beransur pergi….semoga terus sihat dan membesar sebagai anak yang cergas,cerdas dan menjadi penyejuk hati ibu dan abahnya…