Sehari selepas kembali dari Beijing, aku, isteri & anak2 bertolak ke Kampung mertua di Kedah. Aku ambil cuti 3 hari sampai 1 Jun. Bertolak hampir jam 1.00 petang, azan magrib tiba di rumah mertua di Kampung Pantai Edau, Sidam Kiri Kedah.
Selasa 31 mei 2011, genap 8 tahun aku @ Isteri tersayang Noraini Binti Romlie disatukan…. di kampung inilah.. semoga berkekalan hingga ke Syurga..
Sambutan 8 tahun ini kami sambut dengan berkelah di Batu Ferringhi, Penang bersama keluarga mertua..
Hari ni juga kali pertama aku & anak2 naik Feri Penang untuk kembali ke tanah semenanjung..