Ketika tulisan ni ditulis aku dah ada di Malaysia & berada di Kedah. Tak sempat menulis semasa di Beijing.
JUMAAT, 27 MEI 2011
Hari ni acara rasmi bermula jam 10.30 pagi. Majlis penutup telah diadakan di Training Center, Sekolah Pengajian Lanjutan (tempat kuliah sepanjang kursus ni), yang disempurnakan oleh Encik Li Baoxun, Puan Wang Xiaojun dan Encik Fu Sibou.
Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Li Baoxun dan ucapan penutup oleh Puan Wang Xiaojun yang diterjemahkan olej Encik Li. Kemudian Peserta dari Papua New Guinea mewakili kami peserta yang lain memberi ucapan. Serta penyampaian sijil & cenderahati serta majlis bergambar.
Pukul 12.00 hari kami dibawa dari lobi hotel ke restoran berdekatan untuk “farewell lunch“. Dalam 100 meter dari hotel. Restoran Golden. Tapi makanan untuk aku & Kamran diorang order khas dari restoran muslim yang berdekatan.
Petang kami (Kecuali Sri Lanka & Monggolia) menaiki Subway dari stesen Xitucheng (Lane 10) ke Beigongmen (Lane 4) untuk ke Summer Palace. Summer Palace (Istana Musim Panas) satu lagi tinggalan sejarah China juga amat luas kawasannya dan tak habis kami lawati petang tu.
Dengan keluasan 2.9 km persegi dan didominasikan oleh Bukit Longevity atau umur panjang (60 meter) dan Tasik Kunming buatan manusia (2.2 km persegi) dengan tanah yang digali digunakan untuk membina bukit berkenaan telah mula dibina pada tahun 1750 (Kerajaan Dinasti Qianlong).
Pukul 6 kami keluar dari Summer Palace. Aku, Pakistan, PNG, Thai & Vietnam pergi ke Silk Street (tempat shopping Ahad lepas) naik Subway & Bhutan dengan Nepal pergi ke tempat lain. Pukul 10.45 kami balik ke hotel.
SABTU, 28 Mei 2011 (Hari terakhir di Beijing)
Esok nak balik, habis berkemas dekat pukul 3 pagi. 5.30 pagi dah kena bertolak dari hotel ke Airport. Flight 9.00 pagi. Cadang tak nak tidur sebab tak nak terlajak. Tapi sementara tengah panaskan air untuk nak habiskan stok makanan aku terlelap pulak. Tersedar jam 5.27 pagi. Itu pun sebab staf BUPT yang arrange untuk transport bagi peserta yang balik pagi ni call dari lobi. Apa lagi, aku terus sarung baju dengan mata merah bergagas turun ke ke lobi. Tak sempat nak mandi dah (tapi aku dah mandi jam 1.30 pagi tadi)
Sampai lobi teksi dan peseta Mongolia yang flight 8.35 pagi dah menunggu. Aku dan Mongolian tu naik 1 teksi ke Airport. Tapi lain-lain terminal.
5.40 pagi, tapi matahari dah tinggi macam jam 9 pagi di Malaysia. Trafik masih lancar di pagi hari.
Mula-mula teksi hantar dia dulu ke terminal 3, lepas tu baru hantar aku ke terminal 2. Ada 3 terminal semua di Capital Beijing International Airport ni. Dalam 6.10 aku sampai airport.
Sampai airport baru le aku nak membersihkan diri, gosok gigi & sebagainya di toilet airport. Check-in di Kaunter A09. Lama juga beratur 1/2 jam ada kot. Selesai pemeriksaan imegresen terus ke pintu 10. Ada masa 1 jam lagi.
Pesawat MAS Airbus330 MH371 yang membawa aku pulang ke Tanah Air. Dengan kelajuan purata 880Km/j & paras tertinggi 38,000 kaki
Masuk dalam flight seperti yang dijadualkan tapi flight berlepas lewat 45 minit (9.45 pagi) kerana menunggu giliran sebab kesibukan lalulintas udara di sini.
Mendarat di KLIA jam 3.40 petang. Lewat 25 minit dari jadual. Di KLIA dijemput oleh Isteri dan anak-anak tersayang. Barulah terasa nikmat pernafasan dengan udara yang lembab walau suhu yang lebih tinggi berbanding Beijing.
Sampai di KLIA juga dapat SMS berita Kak Siti Khanifah Zailani baru sahaja melahirkan cahaya matanya yang ke-5 di Hospital Manjung jam 3.24 ptg. Tahniah diucapkan.