Breakfast dalam bilik je, makan roti & tuna bawa dari Malaysia…
Jam 9.00 pagi kami peserta2 kursus dari 9 Negara (Malaysia, Mongolia, Bhutan, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Vietnam & Papua New Guinea) berkumpul di lobi. 2 orang student dari Beijing University of Posts & Telecommunications (BUPT) bawa kami ke BUTP.
8 Peserta kecuali Papua New Guinea yang cedera
Jalan kaki dari hotel & 600 meter. Ingatkan nak bawak naik bas.. sebab tu susah nak jumpa rakyat China yang obes di Beijing ni, sebab diorang banyak yang berjalan & laju atau naik basikal. Tapi ok sebab suhu pagi ni pun macam dalam bilik aircond… dalam 18-20 darjah..
Pintu Masuk BUPT
Sampai di BUPT kami dibawa melawat kampus. Dalam perjalanan peserta Papua New Guinea dah tak boleh jalan. Sebenarnya dari hotel lagi kakinya sakit. So salah seorang pensyarah BUTP bawa dia ke Hospital dan terlepas untuk semua aktiviti hari pertama kursus.
10.30 pagi, Habis pusing kampus, kami terus dibawa ke Training Center di Fakulti Pendidikan Lanjutan, untuk majlis pembukaan yang dirasmikan oleh professor senior di sini Puan Wang Xiaojun. Tapi ucapan dalam bahasa mandarin & di translate oleh Encik Fu Sibao, pensyarah baru kat BUPT ni.
Lepas tu kami semua memperkenalkan diri masing-masing. Habis majlis kami pergi makan tengahari di kafe BUPT ni. kafe dibahagi 2, kafe biasa & kafe halal.
Lepas makan tengahari, sesi pertama kursus bertajuk “China Telecoms Development & Convergence Services Operation” disampaikan oleh Puan Tong Li Li.
4.15 habis sesi petang, balik hotel. Hujan sekejap. 6.30, aku & Kamran (Pakistan) jalan-jalan dekat2 hotel, survey2 kalau-kalau ada restoran halal yang boleh diterima oleh anak tekak ni. Memang banyak yang halal, tapi kebanyakan makanan cina..
Kamran Asghar (Rakan muslim aku dari Pakistan)
Balik hotel dalam 7.40, makan malam dalam bilik Kamran. Satu2nya peserta muslim yang aku jadikan kawan waktu makan. Dia bukak nasik beriani dalam tin, aku bukak rendang tok segera makan sama-sama.