Hari ni breakfast di restoran hotel dengan Kamran. Cuma ambik telur rebus, tembikai & teh.


Pergi ke BUPT kali ni dah tak ditemani siapa-siapa dari BUPT. Pandai-pandai sendiri lah. Cuaca agak sejuk berbanding semalam. Dalam 13-16 darjah celsius.

Sesi pagi Puan Li Hui – “Key Technology of Optical Access Network”.

Lunch di restoran semalam.

Petang Country Report. Masing-masing kena present status negara masing2… Umum & Industri  Komunikasi. Di atur oleh Puan Lio Yong dan Tong Li Li.

Petang aku, Kamran, Dendup (Bhutan), Kankanamalage (Sri Lanka) & Rubesh (Nepal) pusing2 bandar Beijing ikut kaki. Sebelum balik hotel kami berpecah untuk makan malam. Aku dengan Kamran tuju Restoran Halal Turkey dekat dengan Masjid Madian, yang lain pergi McD..



Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *