Sempena menyambut hari kelahiran RasulAllah s.a.w, marilah kita perbanyakkan salawat kepada KEKASIH ALLAH dan kita jauhkan/abaikan daripada menyambut hari kekasih (valentine day’s)
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد * صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
> Solawat ALLAH ke atas Muhamamad * Solawat salam dipohon lagi
يَا نَبِى سَلَامٌ عَلَيْكَ * يَارَسُوْل سَلَامٌ عَلَيْكَ
> Wahai Nabi salam atas mu * Wahai Rasul salam bahagia
يَاحَبِيْبُ سَلَامٌ عَلَيْكَ * صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
> Wahai Kekasih salam bahagia * Salawat Allah ikuti pula
اَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا * فَاخْتَفَتْ مِنْهُ البُدُوْرِ
> Bulan purnama menyinari kita * Hilang lenyap segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا * قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
> Indah menawan tak pernah dilihat * Wajah gembira sepanjang hayat
اَنْتَ شَمْسٌ اَنْتَ بَدْرٌ * اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
> Kaulah matahari kaulah bulan * Kaulah cahaya mengatasi cahaya
اَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِى * اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
> Kaulah rahsia hidup mulia * Kaulah obor menyuluh jiwa
يَاحَبْيْبِىْ يَا مُحَمَّد * يَاعَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
> Wahai Kekasih wahai Muhammad * Wahai pengantin indah sejagat
يَامُؤَيَّدُ يَامُمَجَّدُ * يَاإِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
> Wahai Nabi dijulang dipuja * Wahai Imam dua qiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد * يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
> Bahagialah orang pandang wajah mu * Wahai Penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد * وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
> Kolam air mu sejuk jernih * Kunjungi kami pada hari Akhirat
مَارَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ * بِالسُّرَى إِلَّا إِلَيْكَ
> Sepanjang malam unta berjalan * Tidak berhenti rindukan mu
وَالْغَمَامَةْ قَدْاَظَلَّتْ * وَالْمَلَا صَلُّوْا عَلَيْكَ
> Engkau dipayungi awan putih * Para Malaikat sama bersolawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى * مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
> Allah mengetahui rahsia sulit * Dialah penyahut semua seruan
رَبِّ إِرْحَمْنَا جَمِيْعًا * بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
> Wahai Tuhan Rahmatilah kami * Dengan segala amalan soleh
وَصَّلَاةُ اللهِ عَلَى أَحْمَد * عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
> Solawat Allah ke atas Muhammad * Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُالْهَادِي مُحَمَّد* صَاحْبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
> Ahmad Muhammad penunjuk jalan * Empunnya wajah berseri menawan
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
> Wahai Tuhan, Solawat dan Salam dan keberkatan atasnya
Klik image untuk saiz besar & print / sampaikan ke rakan-rakan.
Teruskan perbanyakkan solawat tidak kira waktu dan ketika. Semoga Kita Memperolehi Syafaat RasulAllah di Mahsyar kelak. Amiiin…