Dekat 4 bulan tak menulis…
Sekarang pun dah tahun lain.. 2011.. belum lewat untuk ucap selamat tahun baru Hijrah & masihi…
NAQIB
Tahun ni Naqib anak sulung aku dah masuk darjah 1. Sekejap betul rasanya masa berlalu… masih terbayang2 lagi.. ketika menyambut kelahiranya di HUKM … melihat dia terlantar di NICU selama hampir sebulan di IJN… sedar tak sedar dah darjah 1…
Tahun ni Naqib tak ada temujanji di IJN… pertemuan september tahun lepas.. Dr. jarakkan tempoh pertemuan kepada 1 ½ tahun.. Hanya Mac 2012 nanti baru ada temujanji lagi… semoga terus sihat dan membesar dengan sempurna…
Naqib kini bersekolah di SK KLIA, Taman Mawar BSST dalam kelas 1 Boeing… Pergi dan balik naik van dari rumah Kak Ida (Pengasuh) di sini. Jarak ke sekolah dalam 5 KM…
Petang bersekolah pula di KAFA Integrasi An-Nur di SK BBST, Sepang.. Pergi balik kak Ida hantar, sebab Yassin anak bongsu kak Ida pun bersekolah di situ..
Naqib memang excited dan bersemangat ke sekolah… moga ianya berterusan sehingga Berjaya dalam hidup dunia & akhirat….
Umur 7 tahun… ya.. umur untuk ibu bapa mengajar dan menggalakkan anak-anak bersolat.. Moga kamu sentiasa istiqamah dalam menunaikan kewajiban kepada-NYA..
“Ajarkanlah anak kamu bersolat pada usia 7 tahun, pukul andai masing enggan bersolat tatkala berusia 10 tahun, dan pisahkan pertiduran mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud]
NAQIA..
Naqia akan mencapai umur 4 tahun Mei ini… masih belum ke tadika sepenuhnya.. Cuma daftar untuk kelas Iqra’ selama sejam sehari di Tadika Permata Ixora, tadika abang Naqib sebelum ni.. Tapi 2-3 hari juga miss nak ke sekolah… ada hari-hari susah nak bangun tidur..
Waktu malam.. laptop abahnya dia yang “conquer”.. dah pandai kendalikan sendiri web2 kegemaranya seperti ABC dan sebagainya.. sebelum ni selalu abang dia yang operate.. sekarang abang dia tak ada chance nak guna… :-).. abang pun malam dah tidur awal sekarang sejak sekolah ni…
Abah dulu… umur 16 tahun baru pegang komputer… itu pun skrin hitam putih.. & pakai disket lembik…
AQLAN
Dah pandai berjalan… panjat sana sini.. sepah sana sini juga.. heheh…
Tapi masih melekat.. terutama dengan ibunya… kadang ibunya nak buat kerja lain pun tak boleh….
Setiap kali abah balik kerja, kat sini la Aqlan suruh letak dia…
AIN/NORAINI @ Isteriku yang tercinta…
Semalam genap umur 33 tahun… “Sannah Helwa ya Zaujatil Habibah”…
Tahun ni /Mei ini kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke 8… rasanya macam semalam je rasa ketaq nak jawab akad nikah depan tok imam kat masjid Sidam tu..
Terima kasih atas kesetiaanmu selama ini..
AYAH BONDA / HAJI ZAILANI dan HAJJAH Supiatun…
Insan yang melahirkan, mendidik dan membesarkanku dan 9 adik beradik yang lain selama ini…
Bapak tahun ni akan mencapai umur 79 emak pula 69.. itu ikut tarikh rasmi di pengenalan diri.. umur sebenar rasanya lebih dari itu..
Emak & bapak masih tinggal berdua di Kampung.. aku.. hanya sempat purata dua bulan sekali menjengah di Kampung… Maafkan aku ayahbonda… terima kasih atas segalanya…
AKU…
Masih disini…. Menuakan diri….