HARI KE-2
Hari ni breakfast kat hotel.. ambik buah2 dengan kerepek pisang je..
Pukul 9 bertolak ke Huawei.. +- 1/2 jam dari hotel.. Huawei ni dah macam 1 bandar.. luas sungguh kawasan dia.. daripada R&D, training/universiti, production semua kat sini..
Macam² teknologi/product yang diorang buat.. kat Malaysia yg selalu orang kenal Modem Mobile Broadband tu je la.. 🙂
Selepas habis lawatan & taklimat di Exhibition Hall, University, Executive Training center & Huawei Data Center kami lunch di Huawei Restaurant & melihat demo buat “Kungfu Tea” juga di ruang legar restoran Huawei… Lepas lunch pergi ke melawat Logistic center. Dekat sini asal dia ada 300+ pekerja… sekarang tinggal dalam 30+.. sebab banyak robot yang buat kerja..
Lepas lawatan di Huawei balik ke hotel sekejap & pergi ke Luohu.. tempat untuk bershopping.. banyak la barang kat sini… china silk, bermacam jenis beg, jam (yang ditiru dari original), telefon2 iPhone, Nokia tiruan yg selalu org tertipu beli.. Thumbdrive2 yg juga orang selalu tertipu beli.. sekali dua pakai dah kondem… bukan setakat 8Gb/16Gb je.. yg 512Gb pun ada rasanya ubah firmware je kot… Memang ramai org tak galakkan beli..
Lagi 1 susah shopping kat sini sebab tanda harga tak ada.. bila kita tanya akan letak harga.. bila kita tawar dia yg akan tanya kita nak letak harga berapa… bila kita letak harga dan diorang tak setuju & kita tak nak, dioang akan kejar kita bagi offer harga lain sampai la terendah & kita setuju nak beli.. biasanya harga dia kurang dari separuh harga asal yang dia letak…
Lepas tu dinner dan balik hotel jam 10.30 malam…
HARI KE-3
Hari ni kami ke ZTE Coorporation… juga lebih kurang 1/2 jam dari hotel.. ZTE ni antara competitor Huawei.. sebab product line banyak yang lebih kurang sama..
Sampai di ZTE di ke dewan pameran, lawatan ke production dan diberi taklimat..
ZTE juga ada R&D worldwide, University & Production dia…
Lepas lunch, balik ke hotel sekejap & berjalan di ShenZhen..
Malam dinner di Kedai Makan Turkey & balik hotel 10 malam..
Esok kami akan kembali ke Malaysia..