Alhamdulillah.. Selamat Tiba di ShenZhen China.. sekarang menginap di Ritz-Carlton Hotel di ShenZhen China..
Luckily.. Internet di hotel ni complimentary.. dapat le akses free.. tapi tak bestnya di China ni Kerajaan dia tak benarkan akses FB… boleh update FB melalui SMS je la… kepada yg mesej kat FB tu maaf la.. tak dapat balas buat masa ni… try juga masuk melalui proxy/tunnel.. dapat masuk.. tapi captcha word tak keluar²…
Dari KLIA dengan MH72 9.15 pagi. 6 orang semuanya.. dengan bos, 2 dari SKMM dan 2 dari TM..
Landing kat Hong Kong lewat.. hujan.. landing dalam 1.20 petang.. (Ikut sechedule 1.00 pm). Sampai airport pun dengan 1 jam di Imegresen…
Staf Huawei jemput di HK Int. Airport.. naik 2 buah Toyota Alphard menuju ke ShenZhen, China… dekat imegresen nak masuk China pun lama juga sangkut..
Sampai hotel 4.00 pm. Lepas solat jamak zuhur+asar dalam 4.30 kami dibawa menonton China Folk Culture di Impressions Theater… lepas tu tak kemana.. cuaca hujan lebat hari ni..
Kami terus dibawa dinner di Muslim Restaurant.. dapatla kambing golek sekor…
Esok baru start lawatan kerja.. esok akan ke Huawei…
Mbeeek,ha ha ha ,kamu tak terbayang peristiwa raya haji hari tu kejar kambing?