Hari ini, 77 tahun sudah umur ayahandaku.. dilahirkan Hari Rabu 2 November 1932 di Rengit Batu Pahat Johor.. Pada usia kini ayahanda telah dikurniakan 10 cahaya mata, 11 menantu & 39 cucu…

Masih ingat… mula² ayahanda mengajarku Alif Ba Ta semasa umurku baru 3 atau 4 tahun… jika tidak kerana rotan itu mungkin aku tak dapat mengaji sehingga kini…

Masih ingat… mula² ayahanda mendaftarkanku ke sekolah semasa darjah 1.. jika tidak.. mungkin aku tidak sampai ke tahap kini…

Masih ingat… bila keluar ke pekan (Sabak Bernam/Bagan Terap)… ayahandaku mesti ajak minum dikedai mamak.. dan menu utamaku adalah roti canai dan air sirap… (waktu tu tak berani nak minta lebih².. tak macam anak zaman sekarang)

Masih ingat… ketika bersama-sama ayahanda membelikan pakaian sekolah.. terima sahaja apa pilihannya..

Masih ingat… ketika ayahanda menghantarku ke Asrama.. pada hari pertama pendaftaran tingkatan 1, SMA Izzuddin Shah.. pada Disember 1990

Masih ingat… ketika ayahandaku menunggu di Pekan Sabak Bernam/Bagan Terap semasa aku pulang dari asrama.. walaupun aku tidak memberitahu waktu kepulanganku…

Masih ingat… ketika ayahandaku menghantar ke stesen bas.. setiap kali ingin pulang ke asrama…

Masih ingat… ketika ayahandaku menghantarku mendaftar di UTM pada 1996…

Masih ingat… ketika ayahandaku menggerakkan dan menjemputku di Masjid Sabak Bernam di awal pagi, setiap kali aku pulang dari johor menaiki bas malam walaupun aku tidak memberitahu waktu kepulanganku…

Masih ingat… ketika ayahandaku sama-sama meraikan pada hari graduasiku..

Masih ingat… banyak perngorbanan yang telah ayahandaku lakukan demi membesarkanku dan anak² yang lain..

Terlalu banyak… sehingga tidak dapat ku ingat kesemuanya…

Terlalu banyak… sehingga tidak dapat terbalasa segala pengorbanannya…

Terlalu banyak… moga Allah merahmatimu ayahandaku…

Terima Kasih Ayahandaku.. aku tidak dapat membalas semua pengorbananmu.. hanya doa yang mampu ku kirim..

SELAMAT HARI LAHIR KE-77…

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *