Setelah lebih 5 tahun aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk mencari rezeki, hari ni aku kembali bertugas di KL.

Dah beberapa kali tertangguh sejak Jun, hari ni Bahagian tempat aku bertugas mula beroperasi di aras 27 Bangunan TH Perdana, Maju Junction.

Tengah mencari-cari cara yang mudah & menjimatkan untuk ke pejabat. Hari pertama ni aku naik ERL+LRT.. kos pergi balik RM20.. kalau 20 hari dah RM400.. kalau ERL memang agak selesa (tapi poket tak selesa).. naik LRT pulak seperti dalam tin sardin.. agak memenatkan juga…

Kalau naik kereta, Parking sehari dah lebih RM20 + tol + petrol.. mau lebih RM 30 – 40 sehari.. sebulan???

Naik moto menjimatkan.. tapi dengan musim yang sering hujan ni payah juga… dan bisa kene buasir duduk lama² atas moto.. hehe. pengalaman masa ulang alik dari Ampang ke Putrajaya semasa duduk di Ampang sebelum ni.. tapi jarak tak berapa jauh.. 🙂

Kalau hari² aku hantar Naqib ke Tadika, sekarang dah tak boleh lagi.. terpaksa menyusahkan Kak Ida pengasuh Naqib untuk hantar ke Tadika hari².. Terima kasih Kak Ida.. Maaf Naqib.. sebab abah tak dapat hantar.. tapi esok pagi abah boleh hantar.. sebab esok pagi ada meeting di Cyberjaya…

Apa²pun moga Allah permudahkan urusan seharian keluargaku ini… amin..

Dah lama tak kerja tingkat tinggi² ni.. last semasa di Tower 2 KLCC.. tingkat 58 tahun 2003…

Pelbagai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *