Semalam aku start bertugas di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA)

Kat sini aku diletakkan di Sektor Komunikasi.

Hasil dari rombakan semula kabinet April lepas, Sektor ni telah dimasukkan ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). So bertukar kementerian lagi la aku.

Dan berita yang agak kurang menyenangkan, sektor ni akan berpindah ke Maju Junction, KL. Tak tau lagi nak pergi kerja naik apa. ERL-KOMUTER-MONOREL atau naik moto la. Naik Kereta Impossible la hari² nak merempuh jem di KL dari Salak Tinggi ke KL.

——
NAQIA

Hari ni umur Naqia mencecah 2 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Tak lama lagi +- 3 bulan, Naqia pun akan menjadi Kakak. InsyaALLAH.

——

PERAK NEGERIKU

Semakin berserabut politik negeri aku ni. Semalam mahkamah tinggi isytiharkan Dato Seri Mohd Nizar masih MB Perak yang sah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *