Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Abu Hurairah r.a. berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

30 tahun, 8 bulan, 11 hari yang lalu, bonda yang ku panggil Emak dan paling aku sayangi didunia ni berjuang untuk melahirkan aku. Hajjah Supiatun Binti Haji Sidek, setelah lebih 9 bulan mengandungkan aku, melalui Ramadhan 1398 hijrah dengan usia ku di kandungan mencecah 9 bulan dan terus membesarkanku sehinggalah ke saat ini, terlalu banyak pengorbanan yang memang tidak berbalas.

Tidak jemu mendoakan kejayaan dan kebahagian anak-anaknya…

Disempena hari Ibu sedunia ini, hanya ucapan Selamat Hari Ibu yang ku mampu berikan.

Moga emak sentiasa dipermudahkan oleh yang Maha Qalil dalam menjalani hidup seharian. Apunilah dosa-dosa anakmu ini… Terima Kasih Emak.

—-

Juga kepada Ibu Mertuaku Hajjah Azizah Binti Hashim, Selamat Hari IBU.

—-

Juga kepada Isteriku, Noraini Romlie, yang kini menjadi Ibu kepada Sepasang anakku dan bakal menjadi Ibu kepada 3 orang cahaya mata Ogos ini InsyaAllah, Selamat Hari Ibu….

Pelbagai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *