Hari ni secara rasmi merupakan hari terakhir aku di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ni. Isnin ni kena lapor diri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tapi aku akan tangguh sampai 10 Mei sebelum bertugas kat sana.

Alhamdulillah, ada hadiah yang aku berikan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi KPPK sebelum aku pergi ni.

Setelah kira-kira 9 bulan aku mengetuai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC – Skuad MedICT) yang ahlinya terdiri dari staff TMK ni, hari ni merupakan Hari Pertandingan / Konvension ICC KPPK.

Setelah diundi sebagai kumpulan pertama membuat persembahan hari ini dan bertanding dengan 5 kumpulan yang lain, keputusanyang diumumkan sebentar tadi menyebelahi kami.

Kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang mendapat Tempat Pertama. Dapatlah kami menerima Piala Pusingan, Piala, Sijil Penyertaan dan Voucher Carrefour RM 500 (Dapatlah seorang RM 50)

Pelbagai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *