Lama betul aku tak menulis kat sini. Nak kata sibuk sangat sampai tak sempart surf Internet tak juga sebab kerja aku hari² memang perlu surf Internet.

Berita Sedih.

Dapat SMS dari Kakak. SMS 9 malam tadi. Tapi dapat SMS kira² jam 2 petang tadi. Apa kena Celcom ni…. Lewat dah dapat berita ni. Rabu lepas kira² jam 3-4 pagi bumbung bumbung rumah salah sebuah bilik (Bilik kulon – bilik zaman bujang dulu) terbang kena ribut. Salah aku juga. lama tak telefon emak. So tak tau berita.

Baru kejap tadi call emak. Bumbung terbang menyebabkan 3 bilik basah bila hujan. Reban ayam mak pun tumbang juga. InsyaAllah kami adik beradik akan membantu mak & bapak untuk memperbetulkan bumbung rumah tu.

Berita Gembira

Alhamdulillah. Hari ni dapat surat penempatan Pemangkuan Gred F44. Hari Isnin 4 Mei 2009 aku kena lapor diri ke kementerian lain. Aku dapat ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Kompleks E Putrajaya. Satu Kompleks dengan Abg Hanif di Kementerian Kesihatan.

So setelah aku berkhidmat kira² 4 tahun 8 bulan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ni, terpaksa la aku melepaskan beban kerja aku kat sini ke kawan² lain di KPPK sebelum dapat pengganti aku. Terima kasih semua 🙂

Pelbagai