Teringat Pulak Sajak Lama Yang Aku Cipta Masa Darjah 3/4 (1987/88). Masa tu Kelas BM Cikgu Azhar Bin Ridzwan di Sek. Keb. Sungai Samak Hutan Melintang.
Macam Ni Sajak dia..
Suatu Hari Ku Pergi Hutan,
Pergi Ke Hutan Mencari Rotan,
Rotan Untuk Dibuat Bakul Rotan,
Tiba-Tiba Di Tengah Hutan,
Ku Berjumpa Seekor Syaitan,
Syaitan Itu Mengejarku Ke Tepi Hutan,
Sampai Di Tepi Hutan,
Ku Terserempak Dengan Pak Atan,
Rupa-Rupanya Itu Bukan Pak Atan,
Tetapi Seekor Syaitan,
Aku Pun Membaca Ayat Al-Quran,
Aku Membaca Surah Al-Imran,
Syaitan Itu Pun Lari Kedalam Hutan.
Cikgu siap rekod dengan tape recorder masa baca depan kelas.
Terima kasih cikgu kerana mendidiku sehingga menjadi aku yang sekarang…