Lama dah tak menulis. Sejak pindah rumah.. Kat rumah baru tak ada access internet. Wireless Broadband Jaring tak ada coverage kat rumah baru. Nak menulis kat office tak ada masa. Tugas-tugas lain menanti.
Penat kat badan tak hilang lagi. Balik dari hantar Naqiuddin & Ibunya di Kedah semalam. Jauh perjalanan hujung Mei & awal Jun ni. Hari Jumaat lepas, lepas kerja terus balik ke Kedah. Pukul 2:30 pagi baru sampai sana. Sepanjang perjalanan Hujan tak berhenti. Sampai Juru barulah tak hujan. Semalam balik KL sorang-sorang. 11:30 pagi bertolak 3:30 petang sampai.
Rabu ni (hari ulang tahun perkahwinan kamilz & noraini ke-3) lepas kerja balik semula ke Kedah. Khamis pagi balik ke Sg Manila Perak pulak. Jumaat ke Pekan Pahang mengiringi Sidik (www.sidik.org) untuk majlis pernikahannya hari Sabtu. Lepas Majlis balik ke Perak semula, sebab majlis di Perak hari Ahad.
Hari Selasa balik ke KL semula InsyaAllah. Estimate jarak perjalanan hampir 3000 KM juga.