Penat tak hilang lagi. Baru tiba ke KL dari Negeri Darul Takzim +- jam 7 tadi.

Bertolak dari KL dengan Naqib dan ibunya ke rumah Mak Iti di Batu Pahat jam 1 petang semalam. Pukul 6 sampai rumah Mak Iti. Lepas Isyak ada kenduri tahlil untuk arwah sepupu yang meninggal bulan lalu dan untuk semua ahli keluarga.

Tapi sebelum tu ada majlis menyambut hari lahir pertama anak arwah, Mirra Nashihin Binti Abdul Rahim.

Lepas majlis selesai, Follow Abang Long & Famili kerumahnya di Bandar Seri Alam, Masai. +- jam 1 pagi sampai sana. Last pergi rumah abang long masa konvo Master tahun 2002. Sebelum kahwin lagi.

Jam 1:30 petang tadi bertolak dari Masai. Hantar anak buah, Tiqah (ikut abang long semalam) ke asrama UTM. Sambil-sambil tu tengok-tengok tempat study dan asrama zaman study kat UTM dulu. Jam 7 malam sampai Pandan Indah. Berhenti 2 kali kat Highway Machap & Ayer Keroh.

Pelbagai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *