Lama sungguh aku berehat daripada menulis di Kamilz.COM® ini. Selepas coretan terakhir kembalinya ke Rahmatullah ayahanda tercinta pada hari yang sama kehilangan MH370, terus bagaikan tiada ide untuk menulis di ruang ini.

Ruang ini pada asalnya diujudkan untuk berkongsi status perkembangan pembedahan dan rawatan jantung anak sulungku Ahmad Naqib Naqiuddin kepada ahli keluargaku. Pada waktu media sosial masih belum berkembang tiada facebook apatah lagi WhatsApp. Pengasas FB pada waktu itu pun baru sahaja mencipta FB untuk kegunaan perhubungan diantara pelajar-pelajar Harvard Uniniversity. (https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Facebook).

Pemeriksaan Rutin di IJN pada 2012

Setelah pembedahan berjaya pada 17 Disember 2004 dan “discharge” daripada IJN pada 7 Januari 2005, sebanyak 11 kali pemeriksaan rutin di IJN telah diadakan. Setiap tahun ada sekurang-kurangnya 1 janji temu kecuali pada tahun 2011 dan 2013. Janji temu pemeriksaan pada tahun ini ditetapkan oleh IJN pada 30 Mei 2017 ni, semasa cuti sekolah & minggu pertama Ramadan.  Cerita jantung Naqib: http://naqib.net/?page_id=106)

Kini, anak sulungku sedang meniti umurnya ke tahun yang 13 dan telah bermulanya sebagai pelajar sekolah menengah.

Sekitar Temuduga & Hari Pendaftaran
Sekitar Temuduga & Hari Pendaftaran

Bagaikan Sirih Pulang Ke Gagang, 11 Januari 2017 lepas, aku telah kembali ke sekolahku, Sekolah Izzuddin Shah (SIS) di Ipoh. Kehadiranku untuk mendaftar sebagai pelajar tingkatan 1 mengulangi peristiwa 26 tahun lalu, tetapi untuk anak sulungku Naqib. Terdahulu Naqib telah menjalani temuduga kemasukan iaitu temuduga  hafazan dan bacaan al-Quran di SIS pada 19 Disember 2016. Zaman aku pada tahun 1990 dahulu temuduga adalah ujian bertulis. Alhamdulillah, ada rezekinya disini.

Lambaian budak hostel
Cita-Cita Naqib Semasa Darjah 5

Hari ini, orientasi telah tamat dan Naqib maklumkan dia telah mendapat kelas Tahfiz.

Semoga dapat menjadi seorang huffaz yang dapat memberi syafaat kepada ibu & abah di SANA kelak seterusnya dapat mencapai cita-citanya dan dapat menempuhi alam sekolah & asrama dengan sempurna.

Setelah abang sulung menjadi “budak hostel” kini anak kedua, satu-satunya bunga daripada empat beradik Nur Ainun Naqia yang akan menjadi ketua adik-adiknya di rumah. Naqia pun sudah masuk tahap dua (darjah 4) tahun ni. Adiknya Ahmad Aqlan Syamil darjah 2 dan Ahmad Afiq Akmal meniti ke usia 4 tahun.

Nur Ainun Naqia
Ahmad Aqlan Syamil
Ahmad Afiq Akmal

Semoga peningkatan umur kalian seiring dengan meningkatnya kematangan untuk menempuh hari-hari yang mendatang yang lebih mencabar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *