Semenjak aku masuk kementerian sekarang ni 2009, ini kali ke-4 aku tinggalkan Malaysia. 2009-Seoul, 2010-Shenzen & Hongkong, 2011-Beijing kali ni ke Tokyo pulak… 2012 je tak ke mana. Nak ke Bangkok tapi tak jadi.
Pagi ke Airport Jiran hantar. Terima kasih Nik. Isteri & anak-anak sekolah. 11.00 pagi flight dari KLIA. Mendarat di Narita International Airport tepat jam 6.40 petang (5.40 waktu Malaysia) seperti dijadualkan. Memang ikut janji Jepun betul. Dah Isyak pun kat sini.
Setelah selesai segala urusan imegresen & kastam, kat luar Mr Fujikura tunggu. Terus bawa naik bas ke Shinjuku Washington Hotek. 7.20 naik bas, 8.50 sampai. Lebih kurang 80KM. Tiket harga 3,000 yen. Lebih kurang RM105. Tapi Mr Fuji dah belikan.
Sampai checkin dan terus berkurung kat bilik.. Nak keluar badan masih terkejut dengan kesejukan cuaca.. lebih kurang 3 darjah celcius malam ni.
Esok perlu turun lobi 9.15 waktu tempatan untuk mulakan hari pertama kursus.