Pagi tadi naqiuddin hanya guna bantuan oksigen di hidung. Tetapi SpO2 tak stabil. Kejap naik kejap turun. Petang Kotak kaca dipasang semula. Pun begitu bacaan tak dapat capai tahap 95% keatas, Akhirnya bantuan saluran oksigen melalui mulut seperti yang digunakan sejak 3 minggu lalu dipasang semula dengan 45% bantuan mesin.

Petang tadi ada bercakap dengan Dr . Tak tau nama doktor tu sapa. Sebab tak pernah jumpa sebelum ni. Dia kata Naqiuddin tak biasa bernafas sendiri guna hidung lagi. Sebab lama sangat terima bantuan oksigen.

Doktor tu kata juga paru? naqiuddin tak berapa bagus. Pening kepala aihh… kejab kata OK kejap kata tak.

Moga kau dapat kuatkan dirimu anakku.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *