6 bulan dah kamilz.com ni bersawang..
Pada awalnya pembinaan web catatan Kamilz.com pada Oktober 2004 ni adalah untuk update perkembangan semasa anak sulungku Ahmad Naqib Naqiuddin dalam menjalani pembedahan jantung… Masa tu update catatan banyak guna GPRS pakai Phone Nokia 7650.
Hanya setelah perkembangan Naqib mula dicatatkan ke www.naqib.net 4 tahun yang lalu 2 April 2008, barulah web ini lebih kepada catatan peribadi.. Sebelum ni memang aku ada web2 peribadi sejak study 1998 yg gunakan domain2 free, namun kamilz.com ni pada asalnya memang untuk mencatatkan perkembangan Naqib..
Sedar tak sedar dah lebih 7 tahun 3 bulan Naqib menjalani operation jantungnya, minggu lepas 27 Mac 2012 sekali lagi Naqib menjalani pemeriksaan rutin di IJN.
Alhamdulillah, perkembangan baik dan normal. Temujanji akan datang dijarakkan lagi kepada 2 tahun iaitu Mac 2014. Catatan di Naqib.NET® – http://naqib.net/?p=461