Hari ni kelas sesi pagi je. Oleh Puan Lio Yong yang “conduct country report” hari ke-3 lepas..
Tengahari masih makan tengahari di Kafe Muslim di Universiti..
Lepas hantar borang kami dibawa ke Pusat Pentadbiran & Fakulti Pendidikan BUTP… di area lain.. Naik bas awam tambang RMB 1. Bas No 88 dari hentian Beitaipingqio Xi ke Hentian Xioxitian..
Selepas melawat beberapa department kami bermain Ping Pong di dewan BUTP ni…
Kemudian aku dengan 5 yang lain (Pakistan, Nepal, Bhutan, Thailand & Vietnam) naik subway/LRT Line No 2 dari Guloudajie ke Stesen Fuchengmen. Jalan2 tengok kedai2 kat sana. Window Shopping… 🙂 AKu tak pasti nama tempat tu.. semua bangunan tulis tulisan cina..
LRT kat sini sangat murah tambang dia..RMB/Yuan 2 lebih kurang 95 sen kemana-mana stesyen.. ke mana-mana line per entry…. Ada 8 Line kat sini… 1,2,4,5,8,19,13 & Airport. Kalau kat KL tambang dia 70sen hingga RM 2.80… Malah di Beijing Sistem dia lebih baik dari KL… Mungkin LRT di Malaysia boleh contohi Subway kat sini untuk tambah baik perkhidmatan…
Pukul 8.30 malam kami balik ke hotel Naik Subway ke stesen Xizhimen kemudian ke line 13 ke stesen Dazhongsi + Bas…