Petang Semalam lawat Naqiuddin sampai 7:30 mlm. Macam tak sihat je 🙁 . Suhu 37.3 C. Itu dah macam suhu baby demam.
Heart rate pun naik balik. Sekitar 160-170 per minute. Oksigen pun berkurangan. Hanya dapat capai sekitar 55-65%. Dua tiga kali nurse pump untuk pulihkan semula pernafasan Naqiuddin. Semua yang masuk sama-sama naqiuddin dalam PICU dah keluar masuk wad. Sekarang yang dalam PICU semua orang-orang baru yang baru lepas operate.
Hari sebelum tu heart rate dah turun sampai 139 dan oksigen sekitar 70-80%. Dan tanya nurse masa tu, kahak naqiuddin banyak. So selalu kena sedut. Kahak banyak boleh bawa kesan kepada kesihatan paru-paru dia.
Sebentar tadi ibu dia masuk jenguk Naqiuddin, tapi tak dapat tengok sebab disuruh keluar balik. Nurse-nurse tengah pump pernafasan Naqiuddin.
Kuatkan semangatmu Naqiuddin. Semoga kau cepat sihat. Ya allah, berilah kekuatan dan kesihatan kepada Ahmad Naqib Naqiuddin Bin Ahmad Kamil. Aminnn… doa
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul….
mil, Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya,semoga limpahan rahman dan rahimNya sentiasa menyelubungi keluarga kamu.
Kak Lalah minta maaf kerana hanya mampu mengikuti perkembangan dan mendoakan dari jauh setakat ini. InsyaAllah jika ada ruang nak juga melihat anak buah cik Lah dari dekat. Semoga cepat sembuh dan sihat seperti baby yang lain.