Kali pertama dan terakhir berbunga orkid ni Mei, 3 tahun lepas… masa Naqia baru lahir.. masa tu di rumah Desa Pinggiran Putra dan berbunga 2 kuntum.

Setelah orkid berpindah rumah untuk kali ke-3.. bermacam² jenis baja dicurahkan.. Alhamdulillah… akhirnya berbunga semula.. tapi cuma sekuntum je kali ni…

kat rumah sekarang ni tak tau la.. tanam bunga susah betul nak berbunga… tak da pendebungaan yg baik kot.. tak pon yang tanam tu bukan “bunga”.. heheheh…

Biasanya bunga dia ni tahan dekat 2 minggu… lepas tu tak tau le berapa tahun lagi nak tunggu.. 🙂

Ada 1 lagi yang belum pernah berbunga langsung… beli masa Floria di Putrajaya juga 3 tahun yg lepas kalau tak silap…..

Pelbagai

One Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *