Hari ni cuti Hari Wilayah.. seorang diri kat rumah… Wife Sekolah.. Naqib ke tadika.. dan Naqia & Aqlan di rumah Kak Ida..
Cadang nak hantar moto yang dah lama tersadai kat rumah ni ke workshop.. 3-4 bulan juga la tersadai.. plug patah.. nak tolak pi workshop jauh juga.. tengok cuaca kat luar pun masyaAllah.. panasnya.. baru pukul 9 lebih… pening kepala dari semalam pun belum lega lagi…
Cuti hujung minggu ni aku dapat menantu…
Ehh?? Anak ko yg sulung kan baru nak masuk 6 tahun?? awalnya dapat menantu..
Hheheh… menantu saudara laa.. anak saudara ke-2 aku (daripada 40 anak saudara yang aku ada – 36 dari adik beradik aku dan 4 dari adik beradik Noraini) nikah hari sabtu lepas..
Mohd. Hassan Al Asyaari Bin Ismail anak sulung adik beradik aku yang ke-3 (Ismail Haji Zailani) selamat diijab kabulkan dengan isterinya Aizatul Munirah Mohd Mohsin di Masjid At Taqwa, Banting Selangor tepat jam 2.40 petang..
Munirah jadi cucu menantu pertama ayahanda aku dan menjadi ahli yang ke-63 keluarga Haji Zailani (http://hjzailani.net)
Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Hassan & Munirah.. Moga Bahagia Hingga Ke Syurga…..
Lain-lain link berkaitan:
HjZailani.NET = http://www.hjzailani.net
Galeri Gambar = http://zaitun.net