Hari Pulang Ke Kampung.
Aku mula bercuti Aidilfitri dari Jumaat 18 September 2009. Hari Khamis selepas kerja aku terus balik ke kampung. Ambil anak saudara dulu Atina di Institut Perguruan Islam Bangi.
Dengan cuaca hujan lebat, singgah dulu untuk beli juadah untuk bekalan berbuka puasa dijalanan.
Masuk waktu maghrib di Kapar Selangor, berbuka puasa dalam perjalanan. Trafic light di Kapar yang biasanya Sesak, waktu ni lengang sahaja. Betul kata kawan, Megat.. Kalau nak balik raya.. balik dekat2 waktu berbuka puasa…
Berhenti solat magrib & isyak (jamak) di Setesen Petronas Tanjung Karang. Sambil menyambung untuk menghabiskan sebungkus mihun goreng. Teruskan perjalanan dan singgah sebentar di Sungai Besar untuk membeli 2 helai kain pelikat. (Sebelum ni dah beli kat Nilai, tapi entah tertinggal di kedai mana)
Kira2 Jam 9.20 malam, sampai di rumah Kakak Simah di Kampung Banting Sabak Bernam, untuk menunaikan amanah supaya membawa anak dara keduanya selamat pulang. Jam 10 malam, Kakak dan Suami balik dari solat terawikh di masjid, beramah mesra untuk beberapa minit terus bertolak pulang ke rumah ayah bonda secara solo di Sungai Manila Hutan Melintang Perak.
Di Sungai Manila
Pagi, di Kampung.. aku tolong emak apa2 yang patut sebelum aku ke Kedah petang ni… Membasuh anjung rumah emak (yang di panggil emper), yang aku rasa dah berapa tahun tak basuh. Raya tahun lepas pun tak basuh. Semenjak ruang bawah rumah bapak upgrade, tetamu datang beraya dah tak naik atas. Jadi emper ni pun dah jarang orang lalu.
Habis membasuh emper, sambung mengecat dapur yang baru diupgrade. Sebelum ni dah cat masa balik kampung pertengahan puasa. Tapi tak sempat habis. Sebelum tu Abang Nasir (Suami Kak Simah) telah memulakan untuk cat dapur tu.
Lepas Solat Jumaat di Masjid Saifudin Ahmad Iskandar, Sungai Manila (dah lama tak solat Jumaat di Kampung), sambung selesaikan sedikit lagi cat dapur. Saat untuk nak habiskan cat, anak bongsu bapak (adik aku la) Sidik, sampai di Kampung bersama isteri dan anak2.. dapat jumpa sekejap.
Keluarga bapak di Hari Raya Pertama. Aku tak ada di raya pertama. Foto by Sidik..
Bertolak ke Kedah
Aku pula bertolak untuk ke Kedah (kira2 jam 3.40 ptg) melalui jalan biasa Sri Manjung/Pantai Remis dan masuk ke Highway di Taiping. Berhenti di Hentian Gunung Semanggol sebab waktu berbuka puasa dah hampir. Cadang nak beli juadah dan teruskan perjalanan. Sedang nak beli mi goreng kat kedai, sebelah aku Ustaz Asri, rakan kursus Induksi di INTURA tahun 2006 juga nak beli juadah yang sama. Kebetulan aku sorang dan dia pun sorang, kami pun duduk untuk berbuka bersama.
Dan kebetulan lagi, di sebelah meja kami kawan UTM dulu Ina dan Zul serta anak2. Last jumpa Ina semasa konvo master di UTM tahun 2002 dan Zul semasa 2001 semasa dia duk serumah di Kampung Baru.
Selesai solat jamak Maghrib & Isyak aku teruskan perjalanan dan sampai di Kampung Pantai Edau, Sidam Kiri Padang Serai Kedah kira2 jam 9.00 malam dengan anak2 aku Naqib & Naqia melompat dan terjerit kegemberiaan setelah 3 minggu tak berjumpa… Indah betul saat tu…
Sehari sebelum Aidilfitri..
Hari ni aku menganyam ketupat (daun kelapa) untuk tambahan juadah di hari raya. Di Kedah ni, memang tak pernah jumpa ketupat ni. Yang ada cuma ketupat pulut daun palas. Stok daun kelapa aku dapat semasa di rumah Kakak dan tambahan dari anak pokok kelapa di rumah mertua di kedah ni. Adik ipar aku Zahirin hari ni dapat belajar macam mana menganyam ketupat… tahun depan boleh la buat ye.. :-).
Petang… keluar ke Sungai Petani untuk mencari Kasut Raya Naqib & Naqia bersama2 adik ipar & anak2 dan Aini…
1 Syawal
Keluarga di Kedah.. Tak Cukup 2 beradik. Sorang beraya di rumah mertua Penang.. sorang dah keluar beraya
Selepas solat sunat aidil fitri di Masjid Sidam Kiri, kami sekeluarga bermaafan dan bergambar kenangan.. Selepas tu pergi beraya di rumah saudara mara..
Naqib & Naqia bergaya dengan Baju Raya Masing2…
Hari Raya Kedua.
Pagi bersiap-siap untuk balik ke Perak.3 ptg bertolak bersama isteri & anak2… ikut highway dan exit di Tapah.. kira2 jam 8.30 malam, tiba di Sungai Manila..
Tiba di rumah bapak, rumah bapak masih meriah.. dengan Semua keluarga berkumpul kecuali Keluarga Sidik yang dah kembali ke Pekan Pahang tengahari tadi dan Keluarga Kak Shimah yang dah kembali ke Sabak Bernam.
Jadi jumlah kesemua yang ada di rumah bapak malam itu 50 orang… Tapi Keluarga Kak Ramlah balik ke Teluk Intan malam ni…
Hari Raya Ke-3..
Hari ni Abang Ramlan, Abang Ismail dan kak Ipah check-out dari rumah bapak (macam hotel la pulak)
Lambaian emak ketika Abang Ismail & Keluarga Meninggalkan Kampung…
Hari ni 22 September 2009 merupakan hari raya ke-3 dan Hari Lahir anak sulung aku, Ahmad Naqib Naqiuddin yang ke-5. Petang beraya di rumah pakcik/makcik di Sabak Bernam & Sungai Tengi bersama-sama abang Hanif, Abang Najib & Abang Long.. Famili aku Naqib je yang ikut.. Ibu Naqib masih tak berapa larat kesan Caesar bersalin Aqlan bulan lepas.. Pantang pun tak habis lagi.. Naqia pun tak ikut.. Balik Singgah di Sabak Bernam untuk beli Kek Birhtday Naqib.. Naqib sendiri yang pilih…
Hari Raya Ke-4..
Pagi ni baru Naqib potong Kek birthday.. semalam tak sempat sebab balik beraya dah malam…
Naqib bersama-sama sepupu2 memotong Kek..
Keluarga Abang Long balik Ke Johor Bharu hari ini..
Petang Kami beraya di rumah Kak Ipah di Sitiawan dan Kak Ramlah di Teluk Intan.
Hari Raya Ke-5..
Petang kami beraya di rumah Kakak di Kampung Banting.. Malam keluarga Kak Ramlah datang semula ke rumah bapak..
Hari Raya Ke-6…
Pagi Keluarga abang Najib bertolak untuk balik ke Kota Kinabalu.. Kak Ramlah balik ke Teluk Intan dikuti oleh keluarga aku… Abang Hanif Petang ni akan bertolak ke Bangi.. Jadi berdua kembali la Emak dan Bapak di Kampung.. Kesian mak bapak…
Bergambar dengan ayahbonda sebelum meninggalkan Kampung…
Pukul 10.30 aku bertolak.. Singgah di Sungai Besar untuk ke beraya dirumah Pakcik Samuri (adik emak) tapi tak ada dirumah. Kami teruskan perjalanan dan singgah untuk tapau makan tengahari di hentian Dengkil. Singgah solat Jumaat di Masjid KLIA dan sampai di rumah Taman Ixora BBST Sepang kira2 jam 2.15 ptg.
Naqia dan Asmak sepupu sebaya berpelukan sebelum berpisah…
Lalu dirumah pengasuh Naqib & Naqia, Kak Ida.. Nampak kereta kami, Kak Ida & anak2 terus ke rumah kami.. Rindu dgn Naqib & Naqia.. maklumlah.. sebulan tak jumpa..
Naqib terus ikut ke rumah Kak Ida.. Tapi Naqia tak mau.. masih malu2.. Aku terus Ke JPN Sepang untuk ambil MyKid Aqlan..
Petang Kak Ida hantar Naqib & Sambut Birthday Naqib untuk kali kedua..
Naqia pula ikut Kak Ida kerumahnya dan malam tu kami ambil…
Gambar² Keluarga Haji Zailani akan di upload di www.zaitun.net