11 Jun 2009
Cuaca baik dan suhu sekitar 25 darjah celcius. Pagi seminar dihotel.
Petang kami ke LIG Next1 Institut di Yongin-City, Gyeoggi –do. Company ni yang develop Radio Management System kat Korea ni. Institut ni juga tempat buat alat komunikasi tentera, torpedo, peluru berpandu dsb. Ada kami ditunjukkan peralatan² tu, tapi tak dibenarkan ambik gambar. Kompeni ni adalah kompeni LG. Asal dulu GoldStar. Brand TV yang selalu ada kat Malaysia tu lah.
Miss Maria Moon dari LIG. Menerangkan peralatan Radio Monitoring
Lepas tu kami dibawa ke Gangbuk Nanta Theater di Jeong-Dong dekat Seoul Utara. Menonton persembahan Cookin Nanta. Persembahan menggunakan peralatan² dapur. http://www.nanta.co.kr. Tapi masa persembahan tu tak dibenarkan ambik gambar.
Kat Korea ni 70% adalah bukit bukau. So banyak sangat trowong kat sini. Tengok nama trowong ni. Sapa masuk boleh mabuk kut hhehehe…
Yang ni pakaian tradisional Korea kot.
Kepada yang berminat dengan kereta Hundai Sonata. Kat sini berlambak. Diorang buat teksi jee.. Tapi canggih la siap dengan GPS segala.. Nak ke ? Nanti aku bawak balik.. tapi Left Hand Drive.. susah nak pakai kat Malaysia..
Yang ni Samsung Hospital. Selama ni aku ingat Samsung dgn LG brand Jepun, rupanya Korea punya…
Malam hari ke-3 ni juga Call emak kat Kampung. Mak Iti, Rubi & Shukur ada kat kampung.
Esoklah sambung lagi.. dah pukul 1 pagi. Tapi kat Malaysia baru pukul 12 malam.. Esok Sabtu tak ada seminar. Tapi tour trip pusing Korea..
Kamsahamnida, Anyonghi Chumushipsyo… (Terima Kasih, Selamat Malam)
Dari Argentina ke Monggolia sampai Filifin peserta Malaysia juga yang hensem,sahlah diaorangtu aktornya je yang kacak, kita idak kan hehehe(ketawa riak),
teruskan menguplod,aku mengikuti, sok nak balik kampung tunjuk gambar kat mak/bapak