9 Jun 2009

Penerbangan lancar. Cuma ada beberapa tempat cuaca kurang baik. Tapi gegaran tak berapa terasa.

Tak berapa boleh nak tidur dalam flight. Cuma dapat lelap beberapa minit je.

Flight landing kat Incheon International Airport (Seoul) lebih kurang jam 7.05 pagi waktu tempatan (6.05 pagi Malaysia). Pemeriksaan Imigresen juga lancar. Lepas ambik beg, keluar kat pintu A, disambut oleh Mr. Tony Kang dari Segye Tour yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan, tour dan makan minum sepanjang kursus. Cuaca hujan renyai² dan suhu sejuk sikit lebih kurang 20 darjah celcius.

Aku orang pertama sampai untuk group ke-3. Group 1 & 2 dah sampai awal pagi, dan dah pergi hotel pun. Di maklumkan 2 peserta dari Indonesia cancel tak jadi datang. Masalah lewat dapatkan Visa. Tak dapat la aku geng nak bersembang & rakan seIslam. Ada seorang Islam dari Turkey. Dah sampai awal lagi. Tunggu lagi 3 orang dari Paraguay, Venezuela & Thailand. Lepas semua dah sampai +- 8.45 (waktu tempatan), naik van menuju ke Imperial Palace Hotel kat Seoul. Pukul 11.00 lebih kurang sampai kat hotel.

Call Ain sekejap guna kad telefon yang dibagi free bernilai 10,000 won (+- RM 30). Petang pukul 2 dah start seminar. Hari ni juga dapat elaun cash untuk sepanjang kursus 270,000 won (+- RM 810).

Petang pukul 6, welcoming ceremony. Kalau ikutkan semua disuruh pakai pakaian tradisional masing². Tengok aku sorang je pakai baju melayu bersampin & songkok segala. Lepas majlis jadi rebutan le aku nak bergambar sama².. glamour aku malam tu kehkeh…

Penganjur hadiahkan LG MP3 player (2GB) ni kat semua peserta…

Internet akses diorang bagi wiBro. Tapi laptop aku tak boleh pakai. Sebab aku guna OS 64bit. Driver tak support.

Kat sini terbit matahari lebih kurang pukul 5.10 pagi & Maghrib 7.50 malam. So waktu siang agak panjang..

Bersambung….

One Comment

  1. Selamat sampai korea,update selaluye,aplode gambar banyak-banyak,duit jangan habiskan,tinggalkan sekeping jadilah,manalah tau dapat besan sana nanti,pasal anak daranya suka sangat cerita korea

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *