Pagi berkumpul di lobi hotel jam 8 pagi. 8 peserta kecuali PNG yang sakit kaki & 2 orang student BUPT bawa sesi lawatan hari ni. 8.30 bertolak dari hotel naik van 14 seat.. Menuju ke Badaling, Yanqing Country tempat letaknya salah satu 7 keajaiban baru dunia ..

Lebih kurang 10.40 sampai di kawasan parking untuk ke Great Wall/Tembok Besar, China. Dari tempat parking naik bas lebih kurang 5 minit untuk ke Great Wall.. Dari tempat turun bas berjalan lagi untuk ke pintu masuk dalam 5 minit..


7 keajaiban baru dunia

Ramai orang hari ni kat GW. Mungkin sebab hujung minggu. Mula mendaki GW jam 11.45 pagi.




Dengan Mr. Rubesh dari Nepal.


Bersama Mr. Anataphon (Thai) & Student BUPT Mr. Li Jie



Sampai ke puncak menara ke-8(utara) jam 1.25. Menara ke-8 ni adalah tempat tertinggi di Beijing ni. Letih rasa kaki ni.. tapi tak berpeluh walau panas terik, sebab berangin dan suhu pun sejuk dalam 20 darjah.. sebab tu boleh pakai jaket lagi.. tapi bibir dan muka aku dah rasa kering sangat..


Berjaya ke Puncak!!

Dengan ramainya manusia, berjalan jauh dan nak turun balik ni, terdetik lak kat hati, kan alangkah bagusnya kalau ni Sa’i dari Safa Ke Marwah….

Dah penat & puas ambil gambar kat atas, kami turun secara pantas…

4.30 bertolak balik dari Badaling.. 5.45 sampai di “Bird Nest” atau Stadium Sarang Burung, Stadium Sukan Olimpik Beijing 2008. Van terus hantar Peserta Sri Langka balik hotel, sebab dia dah tak larat. 7 yang lain ditinggalkan kat sini. Lepas puas ambil gambar sekitar Stadium & “Water Cube”  (Stadium renang), kami balik ke hotel naik teksi.






Lepas mandi makan malam di bilik Kamran. Dengan kebab segera dia bawak dari Pakistan & Mee Segera dari Malaysia 🙂