Minggu lepas dalam tempoh seminggu aku drive lebih dari 2200 KM.. ni tak termasuk pusing², jalan², silap jalan/terlajak jalan.. Sesat alhamdulillah tak ada.. Google Maps kat LG GD900 aku banyak membantu… (hujung minggu ni akan tambah 900KM lagi..)
Bermula dari pergi balik Office di KL pagi hari Isnin.. Zuhur bersama isteri & anak² bertolak ke Kuantan..Ke rumah Adik Sidik di Pantai Batu Hitam, Kuantan.. maghrib kami sampai di Kuantan..
Hari selasa sepanjang hari ada bengkel di SKMM Wilayah Timur di Kuantan..
Selasa lepas maghrib, Sidik bawa kami dinner di Tanjung Lumpur Kuantan…
Lepas dinner aku sekeluarga terus ke rumah kawan UTM Husna & Joe di Rantau Petronas Bukit di Kerteh Terengganu.. sampai sana jam 11 malam.. Masa ni Aqlan dah tak berapa sihat.. demam..
Rabu selepas lunch di rumah Husna (TQ Husna), kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.. Sampai disana terus menuju ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal.. sampai +- jam 3 petang.. kami solat jamak zuhur+asar & meluangkan masa kat sana sampai 7 malam..
Lepas tu baru la kami mencari tempat mana nak tido malam ni… kami cari Hotel Seri Malaysia Alhamdulillah banyak bilik kosong..
Lepas solat Maghrib jamak Isyak.. pergi ke The Store dekat dengan hotel tu.. cari stok seluar.. sebab kehabisan stok.. perjalanan ke KT ni tak dirancang pada awalnya… lepas cari cool fever untuk Aqlan kat farmasi kami terus ke Pantai Batu Buruk untuk makan malam..
Masa nak balik ke hotel ni la kami banyak pusing2 cari tak jumpa hotel.. puncanya google maps la… kedudukan dalam peta tu tak tepat.. teranjak +- 2KM.. tu yang pusing2 kawasan tu apasal la tak jumpa..
Khamis checkout agak lewat juga.. dekat pukul 11.. Aqlan malam tadi tak dapat tidur.. Demam + nafas tersekat².. mungkin sebab selesema..
Ke Pasar Payang shopping sikit.. lepas tu singgah Celcom sekejap tukar sim card Ain ke sim 3G… (macam la kat lembah kelang tak ada Celcom.. heheh tak sempat nak pegi la…).. terus ke Kampung Losong Hj Su.. cari keropok leko kat sana..
Lepas tu bertolak balik.. nak jalan lebih² kesian kat Aqlan.. Singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) Solat Zuhur Jamak Asar kat sana.. Teruskan perjalanan tanpa henti sampai ke Hentian Gambang untuk makan malam & Solat Jamak Maghrib+Isyak.. & kasi kereta minum…
Teruskan perjalanan & Sampai di Rumah Salak Tinggi kira² jam 11.15 malam…
Malam ni Aqlan demam semakin teruk & makin susah nak bernapas.. & tak dapat tido.. Jumaat pagi bawa Aqlan ke Klinik.. risau kahak masuk ke paru².. Tapi dapat ubat biasa.. Ubat Batuk+Demam+Selesema+kahak+Antibiotik..
Asalnya nak bertolak balik ke Padang Serai Kedah lepas Jumaat.. tapi pukul 7 malam baru bertolak.. sampai di Padang Serai jam 1 pagi (berhenti di R&R Rawang makan+solat+kasi kereta minum..)…
Aqlan masih seperti semalam.. lega sekejap bila bagi ubat.. Sabtu tengahari bertolak ke Alor Setar.. Kenduri Kahwin Kawan di sana.. on the way balik singgah klinik di Sungai Petani.. Sungguh tak memuaskan diagnosis doktor kat sana… dia cakap baby minum susu botol sambil terlentang ni.. susu masuk dalam paru².. padahal sejak demam ni Aqlan tak nak pun minum susu botol.. bila kita tanya maybe kahak yang masuk paru².. dia kata tak.. susu botol ni.. last² dapat ubat yang sama je macam klinik kat Taman Seroja BBST semalam.. cuma kurang 1 ubat tak ada ubat kahak..
Malam selain bagi ubat doktor tu, dengan mertua bawa Aqlan untuk berubat secara alternatif..
Pagi esoknya Aqlan berak bersama² lendir seperti kahak… lepas tu juga Aqlan dah lega.. nafas pun dah lancar.. malam tadinya tidor pun lena…
Petang dalam 6:45 aku bertolak balik ke Sepang secara solo.. sampai Sepang +- 12.15 malam.. Berhenti isi minyak+solat di R&R Gunung Semanggol & dinner di R&R Ulu Bernam..
So dalam tempoh Isnin – Ahad aku drive lebih dari 2200 KM.. Khamis ni aku akan drive ke Padang Serai semula… perjalanan pergi balik yang akan menempuhi +- 900 KM lagi…