Standby dari KK tadi dapat flight 10.45.. tapi delay.. pukul 11 lebih baru takeoff..

Land KLIA 1.30 petang.. dapat SMS dari Pengasuh Naqib & Naqia kata Ain dah masuk Labour Room jam 11.30 pagi tadi..

Terus pergi Hospital Putrajaya… Jam 5.00 petang terpaksa buat operation… 1st time operation.. Naqib & Naqia dulu normal…. Kedudukan bayi tak membenarkan untuk bersalin secara normal.. kepala sedikit teralih dari pintu keluar.. dan estimate berat baby lebih 3 kg.. agak susah sebab ain yang bersaiz comel….. pintu sudah terbuka hampir 10cm

Tepat Jam 17:17 17 Ogos 2009, anak ke-3 aku (Lelaki ke-2) selamat dilahirkan secara operation. Dengan berat 3.51 kg..

Selesai di azan dan waktu melawat pun dah habis jam 8.00 malam tadi… Ain & baby dah masuk wad biasa di Wad 2A Hospital Putrajaya… baby dapat menyusu ibu jam 7.30 malam tadi…

Alhamdulillah… Moga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk mendidik anak-anak menjadi soleh & solehah..

Gambar yang diambil menggunakan Webcam Laptop…