Standby dari KK tadi dapat flight 10.45.. tapi delay.. pukul 11 lebih baru takeoff..

Land KLIA 1.30 petang.. dapat SMS dari Pengasuh Naqib & Naqia kata Ain dah masuk Labour Room jam 11.30 pagi tadi..

Terus pergi Hospital Putrajaya… Jam 5.00 petang terpaksa buat operation… 1st time operation.. Naqib & Naqia dulu normal…. Kedudukan bayi tak membenarkan untuk bersalin secara normal.. kepala sedikit teralih dari pintu keluar.. dan estimate berat baby lebih 3 kg.. agak susah sebab ain yang bersaiz comel….. pintu sudah terbuka hampir 10cm

Tepat Jam 17:17 17 Ogos 2009, anak ke-3 aku (Lelaki ke-2) selamat dilahirkan secara operation. Dengan berat 3.51 kg..

Selesai di azan dan waktu melawat pun dah habis jam 8.00 malam tadi… Ain & baby dah masuk wad biasa di Wad 2A Hospital Putrajaya… baby dapat menyusu ibu jam 7.30 malam tadi…

Alhamdulillah… Moga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk mendidik anak-anak menjadi soleh & solehah..

Gambar yang diambil menggunakan Webcam Laptop…

  1. Kami FS SKMM Wilayah Timur mengucapkan tahniah kerana anak En. Kamil telah selamat dilahirkan dan semoga menjadi anak yang soleh. Insyaallah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *