Hari ni kali pertama aku memiliki Passport Antarabangsa Malaysia. Pagi buat passport di Imigresen Putrajaya. Satu bangunan dengan pejabat lama aku.
Lepas submit borang dan bayar dapat resit suruh ambik passport 2 jam lepas tu. Semakin cepatkan perkhidmatan kerajaan sekarang :-)..
Sebelum ni pernah juga ada passport.. tapi pas perjalanan sementara masuk Sabah Sarawak.. hehehe
Hari dapat list peserta kursus dari pihak Korea.
Semua ada 15. Aku sorang dari Malaysia (Kira wakil negara la ni.. hahaha)
Yang lain Turkey, Kazakhstan, Argentina, Peru, Mongolia, Laos, Thailand, Uzbekistan, Mexiko semua seorang peserta.
Dua peserta masing² dari Vietnam, Philippines & Indonesia.