Tatkala aku tulis ni, aku ada kat Holiday Inn, Batu Feringgi Pulau Pinang. Guna myBroadband Penang Gov Free Wifi.. Hujung minggu kedua Oktober ni aku ada bengkel kat sini…
Penat balik cuti raya last week yang makan masa sampai 12 jam dari rumah mertua di Padang Serai ke BBST sepang (1pm – 1am) pun masih tak hilang lagi.
Hujung minggu depan kena kursus di Pulau Pangkor pulak.
Hujung minggu satu lagi akan balik ke Kedah and pergi Penang lagi untuk majlis perkahwinan adik ipar yang bernikah last week. So dalam bulan Oktober ni 3 kali ke Penang.
Balik lepas habis majlis / cuti Depavali tu kena pergi Kota Bharu pulak. Ada kursus sampai 31 Okt.
So bulan Oktober ni memang memenatkan. Apatah lagi usia dah makin meningkat.
Aku baru sahaja meninggalkan usia 20-an 29/9/2008 @ 29/9/1429 yang lepas. Tarikh dan bulan Masihi & Hijrah yang sama.
Kepada kawan2 yg jemput ke Open house, abang+kakak yang ada di Lembah Kelang, maaflah sebab tak dapat berhari raya ke rumah sepanjang Syawal ni. Hujung minggu tak ada di Klang Valley.
InsyaAllah kalau ada kesempatan dilain waktu kami akan berkunjung walaupun bukan di bulan Syawal.