13 Jun 2009

Hari Sabtu, sepanjang hari di bawa berjalan. 8.30 pagi bertolak. Tempat² yang dikunjungi hari ni.

Istana President Korea (Kat luar je). Macam Istana Negara la ni.


Berlatarbelakaangkan Istana Presiden

Gyeaong Bok Gung – Pusat Pemerintahan, Politik, Ekonomi & kebudayaan Korea yang dibina pada tahun 1395.


Opening Ceremorny di Gyeaong Bok Gung

Lepas tu ke Insadong. Tempat ni lebih kurang Petaling Street la. Macam² souvenir kat sini. Kat sini diorang kata murah la.. Tapi nak banding dengan harga kat Malaysia lagi murah.


Salah sorang Urusetia Korea. Yang minat cerita Korea tu, ade handsome macam pelakon Korea ke?


Ejaan nama aku dalam tulisan Korea.
­

Tempat lepas tu aku tak ingat nama dia. Ada pameran tentang perang Korea kat atas. Kat bawah dia sungai (Longkang besar). Tapi air dia jernih & sejuk… Tak macam sungai/longkang² kat Malaysia…

Lepas tu ke Yongsan (Electronic City). Kat sini tempat paling murah nak dapatkan barangan elektronik (komputer, kamera, phon, kipas, lampu dsb) kat Korea ni.. Tapi kat Lowyat Plaza kat KL lagi murah rasanya.. Walau produk Korea Samsung & LG. Handphone kat sini berbeza dari Malaysia. Tak boleh pakai kat Malaysia. Kita guna GSM (Guna Sim Card). Korea Guna CDMA. Macam tu la juga sebaliknya..

Lepas tu ke Nam Dae Mun Market. Macam kat Nilai 3. Tapi sesak. Macam Pasar Malam. Barang yang di jual macam nilai 3 la.. atau Rantau Panjang.. Murah².. (untuk orang sini la). Tapi still mahal bagi orang Malaysia.. Macamtula juga yang dibagitau oleh rakan² Asia Tenggara yg lain…

Aku jumpa kotak ni kat satu kedai. Tapi kedai tu tutup. Tak tau dia jual kat ttak Power Root ni. Tapi kat kotak tu memang ada tulis tulisan Korea. Ini le satu2nya produk Malaysia yang aku nampak kat sini.

Lepas tu pergi Itaewon untuk dinner. Baru la aku dapat makan kenyang kat Itaewon ni. Makan kat Dubai Restoran. Halal Restoran. Baru aku dapat makan ayam, daging. Selama ni jadi vegetarian je.. sama la dengan member dari Turki tu..

Kat Restoran ni ada sorang pekerja Korea cakap Melayu dgn aku. Dia pernah duduk kat Indonesia 11 tahun. Bapak dia kerja kat sana.

Restoran ni pemilik dia orang Iraq. Tadi aku terkejut orang Korea cakap Melayu dgn aku. Lepas tu orang Iraq tu pulak terkejut aku cakap arab dengan dia (padahal cuma cakap “Ana min Malazia” je.. hahahah)

Kat Itaewon ni ada Masjid. Pusat Islam Korea. Tapi tak sempat nak pergi. Ahad cuti, mungkin aku pergi sendiri ke sana. Naik subway.

Last hari ni pergi naik atas N Seoul Tower (Macam KL Tower la). Tapi tinggi lagi KL tower (walau aku tak pernah naik KL tower heheh)


Kat atas N Seoul Tower

Bersambung.


Warning: printf(): Too few arguments in /home/kamilz/public_html/kamilzwp/wp-content/themes/boston-business/comments.php on line 46

  1. Kena bagitau kat anak-anak dara aku tak payah tengok cerita korea lagi,sahlah yang hensem cuma aktornya,baik tengok cerita indon…….
    snap kan banyak-banyak gambar teknologi pertanian kat sana tak yah uplodpun tak apa balik sok prensentkan,kalau jumpa benih yang sesuai bawak ye….jadi ejen penyebaran

  2. lupa nak ingatkan,perkara pertama bila balik nanti bawak Naqid@Naqia naik KL tower sebelum Ani bersalin he3X

  3. lupa nak ingatkan,perkara pertama bila balik nanti bawak Naqid@Naqia naik KL tower sebelum Ani bersalin he3X

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *